اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Saturday 31 January 2015

AL-Ma'thurat

Assalamualaikum...

Saya agak terpanggil untuk mengetahui apa itu Al-Ma'thurat, selama ni anak anak ada bg tau baca kat sekolah hingga pagi ni saya mendapat sekeping buku kecil mengenai bacaan Al-Ma'thurat ni. Saya nak syare sikit conclusion dari bacaan saya mengenai Al-Ma'thurat ni.



Al-Ma’thurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW. Nas-nas al- Qur’an dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya, kemudian kepada tabi’in, tabi’ at-tabi’in, dan as-salaf as-salih.

Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW yang semestinya diikut. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa kamu”...
(Surah Ali ‘Imraan: 31)

Dalam masalah ini, Rasulullah SAW telah menegaskan dalam Hadithnya:

Maksudnya:
"Mereka yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didapati dalam agama adalah ditolak."
(Riwayat Muslim)

Sehubungan ini, Rasulullah SAW telah menegaskan juga dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Najih al- Ubaadi bin Sairyah RA:

Maksudnya:
"Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah khalifah ar- Rasyidin yang telah mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan geraham kamu (peganglah Sunnah itu dengan sekuat-kuatnya). Dan jauhkanlah diri kamu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama. Maka sesungguhnya melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama itu adalah satu perbuatan yang sesat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)


Berdasarkan hujah-hujah tersebut, maka bagi orang-orang yang beriman, hendaklah beramal dengan zikir dan wirid yang ma’thurat, iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya di masa hayat Baginda. Oleh itu, tidak ada sebab bagi orang-orang yang beriman, mencari zikir-zikir dan wirid-wirid yang bukan ma’thurat yang didapati dalam Hadith-hadith yang maudu’ dan dalam kitab-kitab yang bukan dari kitab-kitab yang muktabar, dan yang tidak didapati masnad dan masdarnya.

No comments: