اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Tuesday 15 November 2011

Nasihat berhikmah atasi masalah di tempat kerja


Saya agak tertarik dengan artical ini jom kite kongsi bersama moga ia boleh menjadi panduan....terutama di organisasi kite...

Konflik di kalangan kakitangan boleh diselesai dengan dakwah, kaunseling semangat

PANDANGAN serta kata-kata nasihat secara berhikmah dalam interaksi seharian adalah satu bentuk komunikasi dakwah atau kaunseling berkesan yang murah, mudah serta boleh dilakukan sesiapa saja kerana ia antara kaedah berkesan penyelesaian masalah, termasuk di tempat kerja.

Rasulullah SAW bersabda, agama itu adalah nasihat. Bagaimanapun, pelbagai alasan biasa didengar seperti, ‘saya bukan kaunselor atau pendakwah’, ‘tidak pandai nasihatkan orang lain’, ‘saya sendiri pun tidak sempurna’, ‘malaslah nak campur hal orang’ dan sebagainya.
Pada masa sama, di pejabat dan di mana saja sering kedengaran rungutan atau ‘cakap-cakap belakang’ mengenai ketidakpuasan hati bekerja. Sememangnya, dalam mencari rezeki sudah tentu kita tidak terlepas daripada pelbagai kesukaran, masalah atau konflik dan cabaran.

Malah, susah dan senang adalah asam garam kehidupan sama ada dalam urusan kerjaya, perhubungan, kewangan mahupun kesihatan.

Indahnya Islam, kita diingatkan di sebalik dugaan atau cabaran itu ada hikmah lebih besar.
Antaranya mendekatkan diri, menguatkan hati dan lebih menghargai nikmat Maha Pencipta. Ia juga untuk menguji sejauh mana kesabaran kita serta membuka peluang mendapat ganjaran dan kebaikan yang lebih tinggi. 

Sesuatu masalah atau konflik di tempat kerja seperti ketidakpuasan hati, perselisihan faham, tugasan diberi, cara atau bentuk arahan, keputusan, polisi, kenaikan pangkat, tidak dapat dielakkan kerana pandangan, cara berfikir serta pengharapan seseorang itu berbeza-beza.

Namun, yang utama cara kita mengurus dan berdepan situasi itu supaya ia tidak menggugat kualiti, menjejaskan imej diri serta organisasi pada mata pelanggan.

Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana setiap anggota itu adalah saham dan modal yang akan menentukan untung rugi serta keharmonian sesebuah organisasi. Bahkan untuk melihat kejayaan sesebuah organisasi, lihatlah anggotanya.

Apatah lagi jika konflik dalaman menimbulkan ketegangan suasana, ada yang tampil meluahkan ketidakpuasan hati, membuat aduan, memohon dipindahkan ke bahagian lain, sering tidak hadir ke pejabat, tidak memberikan tumpuan atau kerjasama baik apabila diminta.

Kesan ini sangat merugikan jika tidak ditangani dengan bijaksana melalui komunikasi berkesan seperti kata nasihat, pandangan, saranan dan bimbingan bersifat mententeramkan, menstabilkan emosi, menjernihkan keadaan, mengikis sikap dan pandangan negatif terhadap orang lain.

Menurut Dr Abd Karim Zaidan dalam Usul al-Da’wah, semua usaha itu adalah nasihat pengajaran baik yang mampu menyuntik semangat dan sokongan.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (wahai Muhammad) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran baik dan berbahaslah dengan mereka dengan lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125)

Profesor Dr Yusof al-Qaradawi berkata, yang perlu dinasihatkan adalah untuk menghindarkan sifat berputus asa dan tersangat bersedih hati kerana ia akan hanya melemahkan seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu bersifat lemah dan bersedih, padahal kamu orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran, ayat 139)

Sering kali konflik dianggap sebagai masalah individu dan jika berkaitan dengan hubungan antara staf pula, ia hendaklah diselesaikan antara mereka tanpa membabitkan pihak majikan. Malah, kesannya juga tidak dilihat secara langsung berkait dengan integriti dan produktiviti pekerja.

Akibatnya, banyak masalah boleh diselesaikan secara komunikasi tidak dapat dirungkai dengan segera menyebabkan ia berlarutan sehingga yang kecil menjadi besar dan rumit.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujrat, ayat 10)

Usaha secara komunikasi dakwah dan kaunseling boleh dilakukan sesama rakan terutama oleh staf lebih berusia atau berpengalaman kepada yang muda dan masih baru, pegawai atasan serta majikan. Bagi pihak majikan, ini boleh dilakukan secara formal dengan menubuhkan unit kaunseling.

Sesetengah jabatan sudah mengambil inisiatif ini sesuai panduan dan saranan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 tahun 2009, Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ia membabitkan aktiviti khidmat runding, motivasi dan kepuasan kerja pegawai. Aplikasi ini bertujuan mewujudkan pegawai memiliki nilai, etika kerja dan sikap positif serta berupaya mengurus isu serta masalah psikologi di tempat kerja.

Usaha ini bukan sekadar menjadikan organisasi tempat yang menyeronokkan atau ibarat rumah kedua, malah dapat mengeratkan lagi silaturahim, menghasilkan perkhidmatan dan produk berkualiti, lebih utama ia mengundang
rahmat kepada semua. 

Monday 14 November 2011

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)



Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? 


Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Rahsia Dalam Berwudhu'

"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.

Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.




Renungan hari ini....

Tambah Kesan Retro Gambar Facebook, Twitter Dengan SimpleRetro

Tambah Kesan Retro Gambar Facebook, Twitter Dengan SimpleRetro

Experiment....tulip Malaysia...

Saya nk kongsi kat sini....beberapa bulan yg lepas kawan sekerja saya balik training dari overse n dia telah berikan pd kawan saya sempena Birthday dia risome bunga tulip....oleh kerana Birthday girl tu tahu yg saya sangan pencita tanaman jd dia hadiahkan kepada saya pula...jd ini dikira amanah dan mula dari hari itu saya memnjaga dan membelai bunga tulip tu agak lama juga proses tumbesaran dia nnt u all's boleh tengok kat bawah ni saya uplowd kan gambar camne rupa bunga tulip dari bentuk bebawang....n saya akan citer juga nnt pekembangan pokok tulip saya....


Saya tanamnya di Makmal saya je....sebab suhu di makmal kerja saya 16°C....cam kat overse kan.....memang sejuk sesangat nya....tp kulit x jadi cerah gak.....heeee..


Ini masa baru tanam


Setelah sebulan setengah kelopak risome mula merah


Ini ia dah terbalah dua


ha..dah kuar pun pucuknya


Semakin membesar setelah hampir 4 bulan


Pucuknya semakin meninggi setelah hampir 5 bulan sekarang ni.

Sunday 13 November 2011

Today......

Entry kali ni bertitle Today.....kenapa sebab nak citer pasal hari ni punya cite laa....

Hari ini dengan rasminya saya berada di Group Molecular Genatic...kenapa? sebab group besar saya under Genomics da pun dipecahkan kepada 5 group yg kecil....bukan apa ianya senang kalau group leader nk create jawatan nk dpt kn staff...da la sekarang ni susah nk dapat keje....dan dengan rasminya juga saya ada projek baru....yes...yes...yes....itu lah yg saya impikan selama ini......nama rasmi projek lum comferm lagi tapi takat ni seperti yg saya mahukan tajuknya " Leaf sample for Genatic Study from SFR n SSR method", seriau juga nk start projek ni...sbb dulu dh ada yg buat study ni berjaya...jadi ni 2nd study dr sample industries jd tu yg jadi berdebar sikit.....x apa cayok....cayok yakin boleh.........:)....yoyo oooo je....

Hemmm nnti saya kongsi serba sikit perjalanan projek saya ni...bg mereka yg minat dengan molecular ia memang sangat menarik...yg mana dari daun kelapa sawit tu kita boleh dapat kan genatics dia.....memang best....

Ok nanti ada masa kita continue lg k...bye...


 Ini ada lah ikatan fregment DNA


Ini lah fregment dalam ikatan DNA jika ia deleperkan



Inilah bentuk gumpalan DNA dengan mata kasar, cantikan...



Ini ada penghasilan gambar DNA td yg dah melalui proses PCR dan di ambil melalui teknik gel imeging system.

Friday 11 November 2011

Thursday 10 November 2011

Sekadar Unik..

11-11-11 pasti ramai yang tunggu tarikh ni, bahkan dalam facebook, twitter dan laman sosial lain ramai yang post entri pasal ni. lebih uniknya menjelang pagi yang bertarikh 11-11-11 jam 12:10pm sekarang ni, bagi saya semuanya mungkin berlaku secara kebetulan dan ianya hanya sekadar tarikh yang unik untuk kita dan yang saya tahu ramai yg memilih hari ini sebagai hari bersejarah (hari pernikahan) apatah lagi ianya jatuh pada hari Jumaat. Tapi kita sebagai umat islam perlu balik kepada pokok pangkalnya okeh.


15 zulhijjah 1432 Hijrah itu mungkin tarikh yang patut kita ketahui harini. tapi disebabkan keunikan 11-11-11 orang lebih nampak pada tarikh tersebut. sampaikan ada yang menyimpulkan datangnya kiamat, syaitan nak buat keganasan terbesar..wallahualam..tu semua kuasa tuhan..sedangkan Nabi dan Rasullah pon tak mengetahui bilanya berlaku kiamat..tapi apa yang kita ketahui ianya akan jadi pada hari Jumaat. penghulu segala hari..


Ok tak perlu nak besarkan cerita pasal benda ni. apa yang penting kembali kita semua kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan.

Keabadian yang abadi.....


Glitter Text @ Glitterfy.com

Wednesday 9 November 2011

Berkorban di Hari Raya AidilAdha

Wah!! bukan main lagi tajuk kite hari ni ye...hehehe...tengah semangat tulis blog ni jangan la kacau....

Ok nak citer ni Raya Haji baru ni Alhamdulillah Allah bg rezeki untuk buat korban time kasih Abah kerana menyempurnakannya untuk kami adik beradik....masa sembahyang raya...imam kat kg saya ( Kg. Desa Temu Jodoh ) tu bg khutbah menitis jugak air mata ni bila dengar kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim, betapa besarnya pengorbanan mereka dan betapa tebalnya akidah dan keimana Nabi Ismail dalam menurut tuntutan perintah Allah....Saya rasa diri saya ni kecikkkk je...hinaaaa sangat...sbb belum tentu segala amalan dan amal ibadat kite sempurna dan diredhai oleh yg Esa....masih banyak yg perlu kita perbaiki.....Saya rasa mcam dah besar je pengorbanan saya, tapi sebenarnya ia hanya sebesar zarah je....x perlulah nk kita pertikaikan....renungkanlah apa pengorbanan yg terbesar yg pernah kita buat terutama tuk mak n abah kita....rasanya x banyak kan kalau buat pun kadang2 x sepenuh keikhlasan hati hanya sekadar menunaikan tanggungjawab je kan....

Saya mengingat kan pada diri saya supaya saya sentiasa diberi keikhlasan hati, kekuatan iman dalam melalui pengorbanan yg saya lalui sekarang ni...

Dekat bawah ni ada beberapa keping gambar untuk u all's.

Ini masa nak tumbangkan lembu tu nak sembelih dia macam tahu je hari tu yg dia akan disembelih.


Masa ni dia orang pegi sembelih lembu yg lain pulak sementara nk tunggu lembu yg sembelih tadi putus nyawanya.


Dalam proses nk melapah ada caranya orang lama lebih mahir.


Dah start melapah pemuda kg tengok n belajar macm mana nk melapah lembu.


Koban...


Tu dia dah terpisah da kulit dari badan lembu tu.

Besssstttt....

Tajuk entry Best kenapa ye? hehehe...bukan "lagi best2x oooo" , bukan tau...
Sebenarnya saya nak kongsi sikit artical kt entry kali ni....
Ustaz Shauqi...korang kenal x dia...dia ni salah sorang ustaz yg saya minat bile dengar dia bg ceramah baru2 ni dia ada wrote pasal Syair Imam Syafie...saya agak tertarik n nk kongsilah ngan korang semua....jom kite layan Syair yg tertulis ni k...

Imam Syafie dan Karya Sastera


Oleh: Ustaz Shauqi
Tidak diragui lagi bahawa Imam al-Shafie memiliki bakat puisi yang tinggi. Sekiranya beliau mahu, beliau boleh menjadi salah seorang pemuisi yang unggul pada zamannya. Walaupun tidak memberikan tumpuan kepada bidang ini, namun beliau telah menghasilkan puisi-puisi yang baik. al-Mubarrid berkata: “Semoga Allah merahmati Imam al-Shafie. Beliau ialah seorang pemuisi terbaik, paling mahir tentang kesusasteraan dan paling arif tentang al-Quran.” Kebanyakan tema puisi beliau menyentuh sama ada mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku, pengajaran kemasyarakatan, hikmat keagamaan atau pengalaman hidup beliau sendiri. Kebanyakannya sesuai untuk dijadikan panduan dan contoh bagi mewakili tema masing-masing. Antara terjemahan puisi yang telah diungkapkan oleh Imam Shafei adalah seperti berikut :-




Peringatan mati

Adakah aku boleh menikmati kehidupan selepas pipiku ditumbuhi Uban yang dengan sapuan warna tidak dapat ditutupi
Apabila kulit seseorang berubah pucat dan putih rambutnyaKeseronokan menjadi tawar dalam kehidupannya
Oleh itu, tinggalkanlah perkara-perkara buruk kerana ia

Haram ke atas orang bertaqwa melakukannya



Redha dengan qadar

Biarkan masa melakukan apa yang ia mahu
tenang dan redhalah apabila qadha’ itu berlaku
Janganlah bersedih dengan musibah yang berlaku

tiada musibah dunia yang kekal

Jadilah dalam menghadapi malapetaka lelaki yang cekal
dan akhlakmu adalah berlapang dada dan kesetiaan
Rezekimu tidak akan kurang kerana kesabaran

dan tidak bertambah kerana kesedihan

Sesiapa yang kematian turun di halamannya

maka tidak ada bumi atau langit yang dapat melindunginya

Bumi Allah adalah luas, tetapi

apabila turun qadha’, ruangnya menjadi sempit sekali

Biarkanlah masa mengkhianati segala kebaikan

tiada ubat yang dapat menghalang kematian



Sikap memaafkan dan lemah lembut

Apabila aku memaafkan seseorang dan tidak berdendam
diriku direhatkan daripada kegelisahan permusuhan

Sesungguhnya aku menyapa musuhku ketika bertemu

dengan menegurnya kejahatan terbuang daripada jiwaku



Sahabat ketika kesusahan

Sahabat yang tidak berguna ketika kesusahan
seperti musuh secara perbandingan
Adanya sahabat pada setiap zaman

dan juga saudara adalah untuk berkongsi duka kesedihan

Sekian lama dengan bersungguh-sungguh aku mencari sahabat sejati,
tetapi sia-sia sahaja pencarianku ini negeri ini dan telah berubah orang di dalamnya seolah-olah orangnya bukan lagi manusia

Rindunyaaa......

Assalamualaikum / Salam sejahtera semua...

Salam hari Khamis....kejap je...esok da jumpa semula hari Jumaat..... 
Rrindunya dengan kwn2 FB n Bloger, lama saya bukak blog ni....
Bukan x ingat nk bukak blog n update entry baru...tapi kesibukan dengan urusan2
lain yg menyebbkan kekangan masa nk update entry ni almaklumlah saya sibuk dengan
menguruskan anak2 pegi balik sekolah, kt rumah, tuisyen, weekend wife, kerjaya n Insyaallah
dengan bussiness Halal Food saya yg tengah galak ke pasaran sekarang ni....
Nanti ada masa saya post entry pasal biss saya ni tuk di kongsi....

ok la...sebelum saya teruskan bagi saya peluang menyapu dulu habuk n sampah sarap yg ada kt 
blog saya ni....da nak beshennn dah ni....manyak habuk OOoooo...:)