اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Tuesday 24 May 2011


Permata Keluarga Bahagia

Wanita juga amat berharga dalam membina keluarga yang bahagia. Disebabkan itu juga dalam pemilihan seorang isteri juga di letakkan agamanya terlebih dahulu yang menjadi ukuran. Setiap lelaki menginginkan wanita yang solehah dan begitu juga wanita menginginkan lelaki yang soleh yang akan sama-sama menuju ke arah syurga abadi. Dan alangkah indahnya andai di dunia dapat bersama di akhirat jua dapat bersama. Namun itu masih terlalu sukar untuk di realisasikan. Tapaknya adalah iman yang bengkam utuh di dasar jiwa kedua-dua hamba.
Berbalik kepada persoalan wanita yang mempunyai tanggungjawab dan amanah menjaga kerukunan rumahtangga. Bukan sahaja seorang wanita itu perlu menguruskan suami sahaja, tetapi juga rumah dan tangga nya sekali. Apabila lahirnya cahaya mata, bertambah lagi amanah seorang isteri menjadi seorang ibu dan seorang pendidik. Oleh itu wanita perlu lah telah terbiasa dengan keadaan susah.
Bagaimana melihat suatu peristiwa puteri kesayangan baginda Rasulullah S.A.W, Fatimah az-Zahra yang semua memaklumi suaminya adalah Saidina Ali R.A yang gemilang dengan peribadinya. Sebagai seorang isteri, Fatimah menguruskan hal-ehwal rumahtangganya. Memasak, mengemas dan seumpamanya. Sehinggakan Ali begitu kasihan melihat keadaan isterinya itu yang bersusah-payah menguruskan hal-ehwal rumahtangga. Lalu Ali mencadangkan agar apabila Fatimah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta seorang pembantu rumah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh Fatimah.
Suatu hari Fatimah mendatangi Rasulullah S.A.W untuk menyatakan hasratnya itu tapi Baginda ketika itu sedang bercakap-cakap dengan beberapa orang sahabatnya. Fatimah berasa malu dan terus pulang ke rumahnya. Rasulullah telah menyedari kehadiran puteri kesayangannya itu maka baginda pun ke rumah Ali dan Fatimah untuk berjumpa dengan mereka.