اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Tuesday 3 February 2015

Syarikat Kami

Assalamualaikum...

Hari ni nak story and share sikit mengenai syarikat kami...

Actually syarikat ni belum lagi besar saya hanya jalan kan secara kecil kecilan dengan bantuan ahli keluarga. Setakat ni Alhamdulillah dah 4 tahun kami beroperasi. Masuk tahun yang ke lima ni saya akan menambah baik lagi InsyaAllah...dengan Izin Allah...kalau nak cerita di awal pembabitan saya dengan produk sejuk beku ni memang tak habis mau lengoh jari jemari ni menaip...cukup lah saya dan Allah je yang tahu bertapa perit jerihnye nak membangunkan serta mengekalkan prestasi produk kami ni...
Alhamdulillah family sentiasa bagi sokongan.

Produk sejuk beku yang kami hasilkan adalah karipap yang mana ianye unik ianya ada cheese yg saya buat sendiri dan dah di barkod dan kami dah kod kan hak milik resepinye sekali.... sebab nak jaga hasil titik peluh dan usaha sendiri supaya tak ada lah peniruan produk sesuka hati atau menyerupai dan sebagainye....Pada customer yg dah rasa Alhamdulillah respond positif anda amat kami hargai...Pada yg memberi komen juga Alhamdulillah kerana ianye membantu untuk penambah baikan produk kami...

Saya pun ada lah juga mengeluarkan kek coklat moist dan kek coklat moist cheese untuk weeding and goodies, Alhamdulillah setakat ni...sambutannya agak menggalakan....

  

Adalah jugak yg mintak buat kek birthday, hantaran, bertunang, akiqah dan pelbagai majlis...nak deko advance saya memang kene pi kelas deko and art cake house..saya buat pun ikut permintaan pelanggan je lah, dia orang nak rupa mana keknye hermmm....







Setakat ni lah produk keluaran syarikat saya...InsyaAllah dengan Izin Allah saya akan besarkan lagi syarikat dan buat penambahan produk.....

Nanti ada masa saya masukkan senarai diller syarikat Cheezy Golden saya ye....

Sunday 1 February 2015

Muslimah Solehah Lebih Mulia Daripada Bidadari Syurga



Saya agak terpanggil nak explore dengan tajuk blog saya hari ni. Entah kenapa saya pun tak tahu. Apa yang pasti beberapa hari ni saya banyak memerhati akan tingka laku dan gelagat manusia termasuk diri saya, pelbagai drama dan lakonan lakonan serta pelbagai watak yang dimainkan di bumi Allah ni.

Saya teringat kepada  sebuah sirah, dimana Umar pernah menangis apabila seorang rahib Nasrani begitu khusyu’ menghadapkan wajahnya di depan patung dan salib. Umar menangis sehinggakan air mata mengalir ke janggutnya. Bibirnya perlahan menggumamkan sebuah ayat, “… bekerja keras lagi kepayahan. Mereka memasuki api yang sangat panas (neraka)..” [Al Ghasiyah,88 ; 3&4]

Anda pasti dapat menekakan kenapa Umar menangis?

Begitu hiba melihat berjayanya syaitan menyesatkan manusia tentang keyakinan batil yang begitu teguh di sanubari. Ya, ia kekusyukkan dalam kekufuran.

Tidakkah anda terasa dengan ayat cintaNya ini?

Bahawasanya sejak zaman berzaman usaha dan kerja keras dilakukan untuk mencungkil kemuliaan wanita. Islam datang untuk mengangkat kembali kedudukan wanita. Lantas kini, kaum wanita sendiri dengan bersusah payah “menghinakan” diri mereka sendiri.

Kononnya dahulu kita marah sekiranya wanita itu hanya dihagai melalui potensi fizikalnya yang menarik. Lantas Islam datang untuk menyelamatkan status wanita. Arahan untuk untuk menutup aurat dikeluarkan.
Nah, tapi kini, kaum wanita sendiri yang berebut-rebut membeli pakaian “kehinaan”.

Patutlah ketika kedatangan dajjal nanti, wanitalah yang paling banyak menjadi pengikut dajjal laknatullah. Lihat saja keadaan wanita kita kini.

Itulah silapnya apabila kaum wanita kini kurang didikan khusunya didikan agama yang mantap dan sohih.
Hanya dengan didikan agama yang mantap mampu menjadikan ummah kita kuat. Kerana sesunguhnya, jika
kita membaikkan seseorang wanita, sama seperti kita membaikkan sebuah negara!

Lihat saja contoh Ummu Mukminul kita, Saydatina Aisyah. Dalam usia kurang 18 tahun, beliau sudah menguasai pelbagai cabang ilmu seperti fiqh, hadith, tafsir, syariah, adab, syair dan pelbagai lagi. Tidak hairanlah mengapa beliau yang menjadi rujukan para sahabat dan sahabiah setelah baginda wafat.

Ya, dalam usianya kurang dari 18 tahun. Nah, lihat saja diri-diri kita. Apa saja yang kita mampu banggakan ketika berusia 18 tahun? . Mampu membeli pakaian dan tudung yang paling mahal? . Gajet terkini yang paling canggih? . Buah hati yang hensem lagi kaya?

Fikir. Sedalamnya. Baiklah, sebenarnya selagi matahari belum terbit di sebelah barat, masih belum terlambat untuk kita mengubah keadaan ini. Jom, sama-sama?

Ya, kita masih berpeluang untuk menjadi muslimah lamaran syurga, dan seterusnya mampu untuk membuatkan bidadari cemburu kepada kita. Mudahnya, ayuh latih kita untuk menahan nafsu buruk itu yang selalu melulu.

Yakinlah betapa Allah itu sayang pada kita. Sejak 1400 tahun yang lalu lagi Allah telah memerintahkan kita berhijab, menutupi dada dan bahagian aurat yang lain dengan sempurna. Itu tidak lain tidak bukan, kerana Allah ingin melindungi kita, para wanita daripada kezaliaman syahwat.

Baik kan, Allah?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :
Aku bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?
Baginda menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”
Baginda menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.”

Mereka berkata : “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
(Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Subhanallah! Alangkah mulianya darjat seorang wanita solehah!  Sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi motivasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga.

Jadi sekiranya kita seorang gadis, maka mari berusaha mencapainya dan mengajak sahabat kita bersama.

Jika kita seorang ibu, mari didik diri kita beserta anak gadis dan menantu kita berusaha menggapainya

Jika kita seorang nenek, mari kita pastikan semua gadis, wanita dan yang sebangsa dengannya tercapai menjadi wanita solehah.

Biar kita mati dalam usaha untuk mencapainya.

Saturday 31 January 2015

Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalamualaikum...

Tahu tak tajuk cerita kat atas ni....haa ceritanye memang santai...releks otak tengok cerita macam ni...pelakon pelakon pun semuanya owesome lagi lagi saya suka dengan lakonan heroin dan adik heroin serta heronye hihihi....

Korang pun jangan lah lepas peluang tengok cerita ni....


Kota Rainforest Resort

AsSalam semua..

Jumaat dan Sabtu lepas kami balik Kota Tinggi...macam biasa melawat my MIL.
Then ambil kesempatan bejalan ke Rainforest Water Fall...banyak da perubahan dah naik taraf wet world rupanya...punye lah lama kami x kesini...sebelum ni kami dok Selangor terlalu lama hingga tak sedar bertapa banyaknye keindahan alam kat negeri Johor ni....
Bila da pindah federall ni kami baru rasa kenapalah kita tak sedar yang Johor ni banyak tempat menarik yang boleh pergi.....

Ok, balik semula cerita pasal tajuk diatas, kami sebenarnya nak pergi ke Rainforest Water Fall je, tapi bila kami lalu kawasan nak kesana kami nampak ada satu signbord   " PUSAT PERANGINAN HUTAN KOTA"  kami saje-saje lah masuk jalan tu mula-mula masuk jalan tu jalan berbatu-batu, tapi lepas jalan tu jumpa kawasan pada saya ianya memang cantik...saya memang suka tempat ala2 kampung n ada unsur english style ni...Mr.Husband pun sama gak so kami terus masuk kat entrance, buat pertanyaan dan booking satu malam kat situ...jadi hilang lah kisah kami yang asalnye nak bermandi manda di Rainforest Water Fall tadi. Untuk memenuhi kehendak anak-anak kami pergi juga lah ke Rainforest Water Fall tu selepas check in bilik....kami ambik bilik Family Suite with Breakfast (2Q+2S) harganya dalam RM468.00 nett....Kat sini banyak tourist dari Singapore tu pasal harga nye agak herrmmm.....

Kat sini saya kasi beberapa keping gambar kot korang pun berminat nak kesini....









Yang ni gambar aktiviti yang boleh dijalankan kat sini
1.  Up celing   2.  water ruffting  3.  paint ball
dan banyak lagi sebenarnye tapi ini je yg kami sempat main.





AL-Ma'thurat

Assalamualaikum...

Saya agak terpanggil untuk mengetahui apa itu Al-Ma'thurat, selama ni anak anak ada bg tau baca kat sekolah hingga pagi ni saya mendapat sekeping buku kecil mengenai bacaan Al-Ma'thurat ni. Saya nak syare sikit conclusion dari bacaan saya mengenai Al-Ma'thurat ni.



Al-Ma’thurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW. Nas-nas al- Qur’an dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya, kemudian kepada tabi’in, tabi’ at-tabi’in, dan as-salaf as-salih.

Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW yang semestinya diikut. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa kamu”...
(Surah Ali ‘Imraan: 31)

Dalam masalah ini, Rasulullah SAW telah menegaskan dalam Hadithnya:

Maksudnya:
"Mereka yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didapati dalam agama adalah ditolak."
(Riwayat Muslim)

Sehubungan ini, Rasulullah SAW telah menegaskan juga dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Najih al- Ubaadi bin Sairyah RA:

Maksudnya:
"Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah khalifah ar- Rasyidin yang telah mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan geraham kamu (peganglah Sunnah itu dengan sekuat-kuatnya). Dan jauhkanlah diri kamu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama. Maka sesungguhnya melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama itu adalah satu perbuatan yang sesat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)


Berdasarkan hujah-hujah tersebut, maka bagi orang-orang yang beriman, hendaklah beramal dengan zikir dan wirid yang ma’thurat, iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya di masa hayat Baginda. Oleh itu, tidak ada sebab bagi orang-orang yang beriman, mencari zikir-zikir dan wirid-wirid yang bukan ma’thurat yang didapati dalam Hadith-hadith yang maudu’ dan dalam kitab-kitab yang bukan dari kitab-kitab yang muktabar, dan yang tidak didapati masnad dan masdarnya.