اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Sunday 1 February 2015

Muslimah Solehah Lebih Mulia Daripada Bidadari Syurga



Saya agak terpanggil nak explore dengan tajuk blog saya hari ni. Entah kenapa saya pun tak tahu. Apa yang pasti beberapa hari ni saya banyak memerhati akan tingka laku dan gelagat manusia termasuk diri saya, pelbagai drama dan lakonan lakonan serta pelbagai watak yang dimainkan di bumi Allah ni.

Saya teringat kepada  sebuah sirah, dimana Umar pernah menangis apabila seorang rahib Nasrani begitu khusyu’ menghadapkan wajahnya di depan patung dan salib. Umar menangis sehinggakan air mata mengalir ke janggutnya. Bibirnya perlahan menggumamkan sebuah ayat, “… bekerja keras lagi kepayahan. Mereka memasuki api yang sangat panas (neraka)..” [Al Ghasiyah,88 ; 3&4]

Anda pasti dapat menekakan kenapa Umar menangis?

Begitu hiba melihat berjayanya syaitan menyesatkan manusia tentang keyakinan batil yang begitu teguh di sanubari. Ya, ia kekusyukkan dalam kekufuran.

Tidakkah anda terasa dengan ayat cintaNya ini?

Bahawasanya sejak zaman berzaman usaha dan kerja keras dilakukan untuk mencungkil kemuliaan wanita. Islam datang untuk mengangkat kembali kedudukan wanita. Lantas kini, kaum wanita sendiri dengan bersusah payah “menghinakan” diri mereka sendiri.

Kononnya dahulu kita marah sekiranya wanita itu hanya dihagai melalui potensi fizikalnya yang menarik. Lantas Islam datang untuk menyelamatkan status wanita. Arahan untuk untuk menutup aurat dikeluarkan.
Nah, tapi kini, kaum wanita sendiri yang berebut-rebut membeli pakaian “kehinaan”.

Patutlah ketika kedatangan dajjal nanti, wanitalah yang paling banyak menjadi pengikut dajjal laknatullah. Lihat saja keadaan wanita kita kini.

Itulah silapnya apabila kaum wanita kini kurang didikan khusunya didikan agama yang mantap dan sohih.
Hanya dengan didikan agama yang mantap mampu menjadikan ummah kita kuat. Kerana sesunguhnya, jika
kita membaikkan seseorang wanita, sama seperti kita membaikkan sebuah negara!

Lihat saja contoh Ummu Mukminul kita, Saydatina Aisyah. Dalam usia kurang 18 tahun, beliau sudah menguasai pelbagai cabang ilmu seperti fiqh, hadith, tafsir, syariah, adab, syair dan pelbagai lagi. Tidak hairanlah mengapa beliau yang menjadi rujukan para sahabat dan sahabiah setelah baginda wafat.

Ya, dalam usianya kurang dari 18 tahun. Nah, lihat saja diri-diri kita. Apa saja yang kita mampu banggakan ketika berusia 18 tahun? . Mampu membeli pakaian dan tudung yang paling mahal? . Gajet terkini yang paling canggih? . Buah hati yang hensem lagi kaya?

Fikir. Sedalamnya. Baiklah, sebenarnya selagi matahari belum terbit di sebelah barat, masih belum terlambat untuk kita mengubah keadaan ini. Jom, sama-sama?

Ya, kita masih berpeluang untuk menjadi muslimah lamaran syurga, dan seterusnya mampu untuk membuatkan bidadari cemburu kepada kita. Mudahnya, ayuh latih kita untuk menahan nafsu buruk itu yang selalu melulu.

Yakinlah betapa Allah itu sayang pada kita. Sejak 1400 tahun yang lalu lagi Allah telah memerintahkan kita berhijab, menutupi dada dan bahagian aurat yang lain dengan sempurna. Itu tidak lain tidak bukan, kerana Allah ingin melindungi kita, para wanita daripada kezaliaman syahwat.

Baik kan, Allah?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :
Aku bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?
Baginda menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”
Baginda menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.”

Mereka berkata : “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
(Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Subhanallah! Alangkah mulianya darjat seorang wanita solehah!  Sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi motivasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga.

Jadi sekiranya kita seorang gadis, maka mari berusaha mencapainya dan mengajak sahabat kita bersama.

Jika kita seorang ibu, mari didik diri kita beserta anak gadis dan menantu kita berusaha menggapainya

Jika kita seorang nenek, mari kita pastikan semua gadis, wanita dan yang sebangsa dengannya tercapai menjadi wanita solehah.

Biar kita mati dalam usaha untuk mencapainya.