اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Wednesday 22 June 2011

~ Hati Mati ~






Jaga lah diri, hati dan nyawa kita dengan sebaik-baiknya sebelum ianya tidak berfungsi lagi,,,

~ Hati Karma ~

Penyakit yang paling berbahya di diri kita adalah saki hati kalau kita sudah terkena pasti sangat sukar sekali untuk menghilangkannya dan ubatnya pun tidak ada kecuali dengan cara setidaknya kita meminta maaf kepada orang yang kita sakiti untuk di terima atau tidaknya kita tidak akan tau kerana tidak terlihat oleh mata yang penting kita sudah minta maaf dengan setulus kerendahan hati kita,kalau orang yang disakitinya mengerti dan mempunyai hati mulia pasti dia akan memberi maafnya dan orang yang pemberi maaf berarti dia mempunyai hati bagaikan emas permata bahkan kalau di samakan tidak akan sama nilainya.
Saya akui memang sangat susah sekali untuk memberi maaf kepada orang yang telah menyakiti hati kita itu karana di dorong oleh nafsu tapi cubalah berusaha untuk memaafkannya walau pun kita merasa telah kalah olehnya. Tetapi di dalam ajaran islam mengalah berarti menang, mengapa saya mengatakan menang kerana telah mengalahkan hawa nafsu dalam diri kita dan Allah pun pasti akan membalasnya dengan pahala kebaikan.
Dan perbuatan yang paling mudah buat orang sakit hati itu lidah, percakapan yang di  keluarkan lebih berbahaya bahkan boleh menjadi racun jikalau tidak berhati-hati mengucapkannya kerana tidak akan mungkin boleh di tarik semula seperti pepatah mengatakan nasi yang sudah jadi bubur tidak akan di kembalikan lagi menjadi beras kecuali membuatnya lagi dari awal dengan beras yang baru begitu pula dengan ucapan kita caranya seperi yang di tulis di atas dan ulama-ulama terdahulu pun ada yang menerangkan dalam karangan kitabnya bahwa bahaya yang paing di takuti adalah bahaya lidah dia bisa lebih tajam dari pisau walau pun bentuknya panjang bulat, tumpul tapi sekali mengeluarkan percakapan yang menyakitkan itu akan sangat terasa sekali menusuk hati bahkan tali persaudaraan yang tadinya rukun akan terputus.
Ini hanya sekadar peringatan untuk diri saya dan manfaat pada orang lain juga. Harap kita juga akan menjadi seorang yang pemaaf walau pun kita rasa ianya sangat berat untuk kita laksanakan...bukan senang untuk menjadi orang yang hati nya bagaikan permata yang berkilau.

Sunday 19 June 2011

Renungan Hari Isnin..

Renungan di hari Isnin



Renung..renungkan selamat menghayatinya...



Semoga menjadi pedoman dalam kehidupan harian...amin...

Friday 17 June 2011

Kelebihan Ayat 1000 Dinar

Hikmat Ayat Seribu Dinar




Bermaksud :


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.


Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Thursday 16 June 2011

Coretan pagi Jumaat

Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

Tuesday 14 June 2011

GERHANA......16 June 2011




Menurut kajian sains dan teknologi masa kini akan terjadi 6 kali gerhana iaitu 4 kali gerhana matahari dan 2 kali gerhana bulan dan ini jarang sekali terjadi...menurut sumber kajian yang saya perolehi dan yang kita boleh kongsi disini data yang menunjukan pergerakan gerhana bulan itu beserta masanya....

Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.

Moon enters umbra: 2011 Jun 16,  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16, 03:21:27
Maximum eclipse: 2011 Jun 16, 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16, 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16, 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02

Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude:2.712

Duration of total phase: 1hr 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

Monday 13 June 2011

Monday blues...

Selamt melalui dan mengakhiri hari Isnin.....

Sekejap je waktu berlalu asal mulanya agak liat je nak bangun pada pagi Isnin rasa macam x cukup rehat je....bagi anak2 hari ni bermula hari persekolahan setelah 2 minggu becuti....Alhamdulillah nampaknye semuanya bersemangat je pagi tadi nak pegi sekolah x ada masalah nampaknye....

Kadang2 bila difikir semula apalah salah pada hari Isnin ni kan....sehingga ia diberi  jolokan Monday blues....memanglah kalau diikutkan sangat mau ramai yang ambil E.L atau M.C pada hari Isnin ni....tapi kita perlu fikir kita perlu mencari rezeki yang halal untuk keluarga, diri dan anak2 untuk meneruskan perjalanan hidup yang entah bila penghujungnya.....Jadi jangan jadikan hari Isnin itu satu hari yang memberatkan diri kita...begitu juga saya...kita sama2 motivasikan diri kita yang hari Isnin itu adalah hari permulaan semangat untuk kita bekerja.....:)