اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Saturday 20 August 2011

Perhubungan Jarak Jauh..


Entry kali ini nak kongsi sedikit kehidupan PJJ.... Pasti kamu semua x mahu dan x sanggup dengan perhubungan jarak jauh (PJJ) ni kan... Kalau hati x kuat pasti ada yg berendam dengan air mata setiap hari..

Percaya atau tidak sekarang ini sudah hampir 6 tahun saya n MH melalui fasa PJJ ini...permulaanya memang saya melalui fasa yg begitu memeritkan hingga ada yg melemparkan tohmahan kenapa MH bekerja luar dari KL ni, ada juga yg menganggap kami dah berpisah Subhanallah dijauhkan...saya melaluinya dengan kekuatan 3 orang putri yg sentisa memberi semangat terutama pada anak yg sulung saya yg kami panggil dengan Kakak...dia mengetahui segala2 apa yg saya dan MH lalui....Bermula di awal perkahwinan saya dh pun ditinggal kan MH atas tuntutan kerja dan pelajarannya masa tu hidup sorang diri lg jd banyak masa weekend dengan balik ke kg..bile dh ada anak saya belajar sedikit demi sedikit masa tu x lah ditinggalkan seperti fasa hampir 6 tahun ini.....

Ada juga yg bertanya kenapa saya x ikut sekali pindah...? jawapannya kalau saya ikut sekali pun sama juga saya akan ditinggalkan juga dan hanya boleh jumpa hujung minggu je. Jadi lebih baik saya disini dengan anak2 lg pun anak2 dh melalui fasa persekolahan...kene fikir pelajaran mereka juga...dari segi keewangan memang kite kene atur dengan baik yelah bila dh berjauhan cos mengulang pergi balik dengan tol dan minyak or kekadang dengan flight or jarang2 dengan bas kene dijaga....supaya x mengganggu cos hidup seharan kita, tapi bila kita sentisa sabar Allah sentiasa memberi rezeki yg tak akan ada putusnya....Alhamdulillah....

Pehubungan PJJ ini memang mengajar arti hidup, kesetiaan, kekuatan diri, mentel, dan kekerasan hati...bagi mereka yg seperti saya yg mana orang panggil weekend husbund n wife banyak kan lah bersabar, tenang, tabah dan redha dengan ketentuannya, ini kerana hanya Allah sahaja yg tahu kenapa kite dipilih untuk melalui fasa2 ini....Bila kita dh laluinya dengan tenang, sabar, tabah dan redha Insyaallah Allah permudahkan segala urusan kite dengan mudah.

Jadi ibu2, kawan2, saudara mara, sahabat2, dan kenalan2 diluar sana jangan ratapi nasib kita malah kita perlu berbangga suami meninggalkan keluarga atas tuntutan kerja bukan ke kerja itu satu ibadat dan mereka menunaikan suruhanNya kalau kita redha kita juga akan dapat pahala.....Bukan ke ada pepatah sayang kan isteri tinggal2kan...kite berdoa agar dia diberi kesihatan yg baik supaya dia boleh meneraju keluarganya dengan baik.

1 comment:

Balqis Nazid said...

encik asben ko kat mana kin....