Artikal ini saya petik dari sebuah newspaper yang pernah mencari tugasannya di kampung saya. Ini adalah synopsis serba sedikit tentang kampong saya....:)
24 pasangan kahwin serentak
SEBUT saja nama sebuah kampung iaitu Desa Temu Jodoh di Chaah, Johor, mungkin ramai masyarakat setempat sedia tahu mengenai sejarah dan keunikan tanah rancangan itu yang mula diterokai sejak 1970-an, namun namanya masih asing bagi majoriti rakyat negara ini.
Kampung itu dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor pada sekitar tahun berkenaan.
Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer (km) dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.
Seramai 112 belia dipilih kerajaan negeri Johor untuk meneroka kawasan seluas 420 hektar bagi dijadikan kawasan pertanian yang menjurus kepada tanaman kelapa sawit. Yang tidak diketahui orang ramai pada masa itu ialah semua peserta lelaki mahupun wanita rancangan berkenaan tidak dibenarkan berkahwin selama lima tahun mengikut syarat ditetapkan.

Malah, elaun harian mereka hanya RM6 sehari dan wang saku itu diberi sehingga tanaman kelapa sawit yang diusahakan boleh dijual serta mendatangkan keuntungan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri yang bersimpati dengan peserta yang tinggal di dua asrama kecil kemudian memberikan 0.8 hektar tanah kepada mereka untuk dijadikan tapak perumahan dan RM1,500 sebagai kos bagi mendirikan kediaman masing-masing.
Namun, sebaik selesai mendirikan rumah masing-masing, peserta yang kebanyakannya bujang pada masa itu berasa kesunyian dan bermula daripada itulah sejarah mengenai Desa Temu Jodoh terukir.
Menurut Ketua Kampung desa berkenaan, Paiman Annuar, hendak dijadikan cerita, tidak jauh dari tanah rancangan berkenaan terletak pula puluhan peserta beliawanis bagi program sama.
“Pada masa itu tanah yang kami usahakan mula membuahkan hasil, namun tanah rancangan milik beliawanis masih pada peringkat permulaan, jadi kumpulan peserta lelaki dihantar ke sana untuk membantu tugas kumpulan wanita itu.
“Perkenalan di tempat kerja membawa kepada hubungan kasih sayang dan seterusnya bercinta hinggalah kami merancang berkahwin,” katanya ketika ditemui.
Paiman berkata, sebaik syarat utama yang tidak membolehkan mereka kahwin selama lima tahun itu tamat tempoh, tiba masanya untuk mereka berumah tangga serta melengkapkan hidup masing-masing.
Difahamkan, pada masa itu kebanyakan peserta lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, malah gaji diterima sekitar RM150 sebulan menyukarkan mereka untuk berumah tangga.
“Saya pernah diperli penduduk sekitar yang kami mungkin jadi bujang terlajak, namun gaji kecil itu bukan penghalang,” katanya.
Ketua kg sekarang ini En. Paiman berkata, pada mulanya hanya empat pemuda dan pasangan masing-masing mahu mendirikan rumah tangga dan berita itu jelas cepat tersebar kepada pengetahuan pengurus tanah rancangan.
Tanpa disangka, 21 pasangan lain dipanggil untuk berjumpa pengurus dan sebuah majlis persandingan besar-besaran dirancang selepas itu.
En. Paiman dan isterinya Pn. Maimunah Mad Hussein, 60, antara pasangan raja sehari yang diraikan pada 27 Februari 1977 dan Tanah Rancangan Pemuda Kampung Sungai Lenek bertukar nama Desa Temu Jodoh sempena majlis perkahwinan beramai-ramai itu.
“Yang menguntungkan kami ialah semua perbelanjaan, termasuk pakaian dan pelamin, ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri Johor dan Menteri Besar pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Osman Saat bertanggungjawab sebagai pengelola majlis berkenaan,” katanya.
En. Paiman berkata, ketika memberikan ucapan tahniah kepada pengantin yang dirai, Allahyarham secara spontan menyebut tanah rancangan itu akan bertukar nama kepada Desa Temu Jodoh selepas ini.
Selepas 34 tahun berlalu, Desa Temu Jodoh menjadi antara tanah rancangan yang menyumbang lebih 10 peratus hasil tanaman kelapa sawit kepada negeri ini iaitu RM105,592.50 secara tahunan.
Selain itu, desa berkenaan mendapat kunjungan orang ramai, khususnya pemuda dan pemudi yang lanjut usia serta berat jodoh.
Mereka akan datang menjadikan keluarga di kampung berkenaan sebagai anak angkat dan percaya atau tidak, kebanyakan yang pernah menetap sementara di situ selamat melangsungkan perkahwinan selepas itu.
Menurut En. Paiman, beberapa anak angkat yang tinggal di kampung berkenaan bertemu jodoh seolah-olah nama Desa Temu Jodoh itu seperti memberikan tuah kepada mereka.
“Bagi saya, semua itu hanya kebetulan dan kebanyakan anak angkat kami di sini seperti mahu mengambil berkat daripada keunikan nama kampung.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala-galanya dan berkat usaha mereka itu, semua selamat melangsungkan perkahwinan,” kata bapa kepada empat anak berkenaan.
Difahamkan, selang beberapa tahun sekali penduduk desa berkenaan mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan secara besar-besaran bagi mengingati majlis yang diadakan puluhan tahun lalu.
Malah En. Paiman turut mahu mencadangkan desa berkenaan dijadikan destinasi pelancongan seperti Tasik Dayang Bunting di Langkawi yang menjadi kunjungan wanita mahu mendapatkan anak.
Sehingga kini, lebih 850 penduduk menetap di kampung berkenaan yang sebahagian kecilnya adalah generasi kedua tanah rancangan berkenaan.

Desa Temu Jodoh, Johor
· Dibuka kira-kira 30 tahun lalu
· Pada awalnya dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek
· Terletak 60 kilometer (km) dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng
· Mendapat namanya berikutan perkahwinan beramai-ramai 24 pasangan di tanah rancangan itu
· Kini dihuni 850 penduduk
No comments:
Post a Comment