اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Tuesday, 14 June 2011

GERHANA......16 June 2011




Menurut kajian sains dan teknologi masa kini akan terjadi 6 kali gerhana iaitu 4 kali gerhana matahari dan 2 kali gerhana bulan dan ini jarang sekali terjadi...menurut sumber kajian yang saya perolehi dan yang kita boleh kongsi disini data yang menunjukan pergerakan gerhana bulan itu beserta masanya....

Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.

Moon enters umbra: 2011 Jun 16,  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16, 03:21:27
Maximum eclipse: 2011 Jun 16, 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16, 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16, 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02

Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude:2.712

Duration of total phase: 1hr 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

No comments: