اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Sunday 22 May 2011

Taat dan Menyokong Suami Sepenuh Hati...

Kalau diikutkan sebagai lelaki yang normal sekarang ini agak jauh cara pendekatannye untuk menarik isteri supaya mencintai dan mengasihi dirinye...sesuai lah mengikut peredaran zaman....tapi ini hanya panduan yang kite boleh kongsikan pada zaman Rasulullah S.A.W.
Saya begitu tertarik dengan peribadi isteri yang begitu dikasihi dan di cintai oleh Rasulullah iaitu Saidatina Khadijah. Pemergiannya diratapi nabi kerana beliaulah satu-satunya wanita yang dikala orang lain mendustakannya dia membenarkan, dan Khadijah lah orang pertama yang menjadi pendamping kepada nabi saat wahyu pertama telah diturunkan.
Rasulullah berkata "Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku di kala orang lain mengingkariku, dia membenarkanku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku di kala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain ( isteri-isteriku )".
Kita menelusuri pula perjuangan wanita yang berjiwa kental seperti Zainab Al-Ghazali. Di saat beliau diperisterikan dengan suaminya yang merupakan seorang ulama' di masa itu, beliau telah mengatakan "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."
Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."

No comments: