اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Friday, 11 November 2011
Thursday, 10 November 2011
Sekadar Unik..
11-11-11 pasti ramai yang tunggu tarikh ni, bahkan dalam facebook, twitter dan laman sosial lain ramai yang post entri pasal ni. lebih uniknya menjelang pagi yang bertarikh 11-11-11 jam 12:10pm sekarang ni, bagi saya semuanya mungkin berlaku secara kebetulan dan ianya hanya sekadar tarikh yang unik untuk kita dan yang saya tahu ramai yg memilih hari ini sebagai hari bersejarah (hari pernikahan) apatah lagi ianya jatuh pada hari Jumaat. Tapi kita sebagai umat islam perlu balik kepada pokok pangkalnya okeh.
15 zulhijjah 1432 Hijrah itu mungkin tarikh yang patut kita ketahui harini. tapi disebabkan keunikan 11-11-11 orang lebih nampak pada tarikh tersebut. sampaikan ada yang menyimpulkan datangnya kiamat, syaitan nak buat keganasan terbesar..wallahualam..tu semua kuasa tuhan..sedangkan Nabi dan Rasullah pon tak mengetahui bilanya berlaku kiamat..tapi apa yang kita ketahui ianya akan jadi pada hari Jumaat. penghulu segala hari..
Ok tak perlu nak besarkan cerita pasal benda ni. apa yang penting kembali kita semua kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan.
Wednesday, 9 November 2011
Berkorban di Hari Raya AidilAdha
Wah!! bukan main lagi tajuk kite hari ni ye...hehehe...tengah semangat tulis blog ni jangan la kacau....
Ok nak citer ni Raya Haji baru ni Alhamdulillah Allah bg rezeki untuk buat korban time kasih Abah kerana menyempurnakannya untuk kami adik beradik....masa sembahyang raya...imam kat kg saya ( Kg. Desa Temu Jodoh ) tu bg khutbah menitis jugak air mata ni bila dengar kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim, betapa besarnya pengorbanan mereka dan betapa tebalnya akidah dan keimana Nabi Ismail dalam menurut tuntutan perintah Allah....Saya rasa diri saya ni kecikkkk je...hinaaaa sangat...sbb belum tentu segala amalan dan amal ibadat kite sempurna dan diredhai oleh yg Esa....masih banyak yg perlu kita perbaiki.....Saya rasa mcam dah besar je pengorbanan saya, tapi sebenarnya ia hanya sebesar zarah je....x perlulah nk kita pertikaikan....renungkanlah apa pengorbanan yg terbesar yg pernah kita buat terutama tuk mak n abah kita....rasanya x banyak kan kalau buat pun kadang2 x sepenuh keikhlasan hati hanya sekadar menunaikan tanggungjawab je kan....
Saya mengingat kan pada diri saya supaya saya sentiasa diberi keikhlasan hati, kekuatan iman dalam melalui pengorbanan yg saya lalui sekarang ni...
Dekat bawah ni ada beberapa keping gambar untuk u all's.
Ini masa nak tumbangkan lembu tu nak sembelih dia macam tahu je hari tu yg dia akan disembelih.
Masa ni dia orang pegi sembelih lembu yg lain pulak sementara nk tunggu lembu yg sembelih tadi putus nyawanya.
Dalam proses nk melapah ada caranya orang lama lebih mahir.
Dah start melapah pemuda kg tengok n belajar macm mana nk melapah lembu.
Koban...
Tu dia dah terpisah da kulit dari badan lembu tu.
Besssstttt....
Tajuk entry Best kenapa ye? hehehe...bukan "lagi best2x oooo" , bukan tau...
Sebenarnya saya nak kongsi sikit artical kt entry kali ni....
Ustaz Shauqi...korang kenal x dia...dia ni salah sorang ustaz yg saya minat bile dengar dia bg ceramah baru2 ni dia ada wrote pasal Syair Imam Syafie...saya agak tertarik n nk kongsilah ngan korang semua....jom kite layan Syair yg tertulis ni k...
Peringatan mati
Adakah aku boleh menikmati kehidupan selepas pipiku ditumbuhi Uban yang dengan sapuan warna tidak dapat ditutupi
Apabila kulit seseorang berubah pucat dan putih rambutnyaKeseronokan menjadi tawar dalam kehidupannya
Oleh itu, tinggalkanlah perkara-perkara buruk kerana ia
Haram ke atas orang bertaqwa melakukannya
Redha dengan qadar
Biarkan masa melakukan apa yang ia mahu
tenang dan redhalah apabila qadha’ itu berlaku
Janganlah bersedih dengan musibah yang berlaku
tiada musibah dunia yang kekal
Jadilah dalam menghadapi malapetaka lelaki yang cekal
dan akhlakmu adalah berlapang dada dan kesetiaan
Rezekimu tidak akan kurang kerana kesabaran
dan tidak bertambah kerana kesedihan
Sesiapa yang kematian turun di halamannya
maka tidak ada bumi atau langit yang dapat melindunginya
Bumi Allah adalah luas, tetapi
apabila turun qadha’, ruangnya menjadi sempit sekali
Biarkanlah masa mengkhianati segala kebaikan
tiada ubat yang dapat menghalang kematian
Sikap memaafkan dan lemah lembut
Apabila aku memaafkan seseorang dan tidak berdendam
diriku direhatkan daripada kegelisahan permusuhan
Sesungguhnya aku menyapa musuhku ketika bertemu
dengan menegurnya kejahatan terbuang daripada jiwaku
Sahabat ketika kesusahan
Sahabat yang tidak berguna ketika kesusahan
seperti musuh secara perbandingan
Adanya sahabat pada setiap zaman
dan juga saudara adalah untuk berkongsi duka kesedihan
Sekian lama dengan bersungguh-sungguh aku mencari sahabat sejati, tetapi sia-sia sahaja pencarianku ini negeri ini dan telah berubah orang di dalamnya seolah-olah orangnya bukan lagi manusia

Imam Syafie dan Karya Sastera
Oleh: Ustaz Shauqi
Tidak diragui lagi bahawa Imam al-Shafie memiliki bakat puisi yang tinggi. Sekiranya beliau mahu, beliau boleh menjadi salah seorang pemuisi yang unggul pada zamannya. Walaupun tidak memberikan tumpuan kepada bidang ini, namun beliau telah menghasilkan puisi-puisi yang baik. al-Mubarrid berkata: “Semoga Allah merahmati Imam al-Shafie. Beliau ialah seorang pemuisi terbaik, paling mahir tentang kesusasteraan dan paling arif tentang al-Quran.” Kebanyakan tema puisi beliau menyentuh sama ada mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku, pengajaran kemasyarakatan, hikmat keagamaan atau pengalaman hidup beliau sendiri. Kebanyakannya sesuai untuk dijadikan panduan dan contoh bagi mewakili tema masing-masing. Antara terjemahan puisi yang telah diungkapkan oleh Imam Shafei adalah seperti berikut :-
Peringatan mati
Adakah aku boleh menikmati kehidupan selepas pipiku ditumbuhi Uban yang dengan sapuan warna tidak dapat ditutupi
Apabila kulit seseorang berubah pucat dan putih rambutnyaKeseronokan menjadi tawar dalam kehidupannya
Oleh itu, tinggalkanlah perkara-perkara buruk kerana ia
Haram ke atas orang bertaqwa melakukannya
Redha dengan qadar
Biarkan masa melakukan apa yang ia mahu
tenang dan redhalah apabila qadha’ itu berlaku
Janganlah bersedih dengan musibah yang berlaku
tiada musibah dunia yang kekal
Jadilah dalam menghadapi malapetaka lelaki yang cekal
dan akhlakmu adalah berlapang dada dan kesetiaan
Rezekimu tidak akan kurang kerana kesabaran
dan tidak bertambah kerana kesedihan
Sesiapa yang kematian turun di halamannya
maka tidak ada bumi atau langit yang dapat melindunginya
Bumi Allah adalah luas, tetapi
apabila turun qadha’, ruangnya menjadi sempit sekali
Biarkanlah masa mengkhianati segala kebaikan
tiada ubat yang dapat menghalang kematian
Sikap memaafkan dan lemah lembut
Apabila aku memaafkan seseorang dan tidak berdendam
diriku direhatkan daripada kegelisahan permusuhan
Sesungguhnya aku menyapa musuhku ketika bertemu
dengan menegurnya kejahatan terbuang daripada jiwaku
Sahabat ketika kesusahan
Sahabat yang tidak berguna ketika kesusahan
seperti musuh secara perbandingan
Adanya sahabat pada setiap zaman
dan juga saudara adalah untuk berkongsi duka kesedihan
Sekian lama dengan bersungguh-sungguh aku mencari sahabat sejati, tetapi sia-sia sahaja pencarianku ini negeri ini dan telah berubah orang di dalamnya seolah-olah orangnya bukan lagi manusia
Subscribe to:
Posts (Atom)